SANTABA MINIMART


Santaba Minimart merupakan sebuah premis perniagaan baharu yang mula beroperasi pada Jun 2026 bagi memenuhi keperluan harian penduduk Kampung Patiambun dan kawasan sekitarnya. Terletak hanya sekitar 250 meter dari NADI Patiambun, Minimart ini menawarkan pelbagai pilihan barangan runcit, makanan dan minuman, produk penjagaan diri, keperluan bayi, barangan isi rumah serta keperluan harian lain dalam suasana membeli-belah yang selesa dan mesra pelanggan.
Dengan waktu operasi setiap hari dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam, Santaba Minimart memberikan kemudahan kepada penduduk untuk mendapatkan barangan pada bila-bila masa mengikut kesesuaian mereka. Pembukaan Santaba Minimart bukan sahaja menambah kemudahan kepada komuniti setempat, malah turut menyokong perkembangan ekonomi tempatan dengan menyediakan akses yang lebih mudah kepada barangan keperluan harian.